Tuesday, 25 April 2017

TIPS ATASI KERAP LAPAR SEPANJANG KEHAMILAN

"Mengapa saya kerap terjaga daripada tidur dan lapar ?"

Persoalan yang seringkali di ajukan oleh ibu-ibu hamil yang mana ia bukanlah satu perkara yang luar biasa malah menjadi satu kebiasaan bagi seorang ibu yang tengah hamil :)

Apabila kandungan semakin membesar, ibu hamil mungkin mendapati tidak kira jumlah atau kekerapan makan, anda masih rasa lapar tanpa mengira waktu siang atau malam. Sebenarnya anda tidak perlukan sebarang tambahan kalori dalam masa enam bulan kehamilan. Badan akan menjadi efisien apabila hamil dan menggunakan tenaga yang diperoleh daripada makanan dengan lebih berkesan.

Hanya tempoh tiga bulan terakhir kehamilan saja, anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Namun apabila badan bekerja lebih keras untuk menggunakan kalori dengan berkesan , tidak hairanlah jika ibu hamil terjaga pada waktu malam dan berasa lapar. 

Ibu hamil juga mungkin berasa loya kerana perut kosong. Oleh itu, ada beberapa perkara yang mungkin boleh membantu para ibu hamil yang sering lapar ini. Antaranya ialah :

1. Jangan tidur ketika lapar. Penuhkan peti sejuk dan almari dengan snek ringkas dan sihat yang mudah disediakan termasuk sekeping roti bakar, buah dan sayur segar, telur rebus, keju atau buah-buahan kering. Makanan-makanan sunnah juga amat baik untuk kandungan. 

2. Jika sering mengalami ketidakcernaan pada waktu malam, cuba elakkan memakan buah-buahan sitrus ( masam ) sebelum tidur kerana buah jenis ini lebih berasid. Untuk hidangan makanan pada waktu siang, pilihlah roti bijian penuh atau beras perang berbanding roti putih. Makanan daripada bijian penuh mengandungi lebih banyak serat dan mengenyangkan. 

Ia juga membantu mengelakkan sembelit. Kurangkan makanan berlemak, pedas, berminyak dan manis. Makanan yang pedas boleh menyebabkan ketidakcernaan dan gula-gula pula memberi tenaga segera tetapi tidak menghilangkan lapar. 

3. Jika anda mengidam sesuatu pada waktu malam, pilihlah makanan yang baik dan mengenyangkan. Cubalah minuman bersusu, teh herba, semangkuk bijirin dengan susu, roti sardin, oat atau bubur, roti bakar dengan mentega kacang atau beberapa keping biskut kering dengan keju. 

4. Sesetengah makanan mengandungi asid amino dipanggil triptofan yang membantu untuk tidur. Snek yang mengandungi triptofan juga membantu ibu hamil untuk tidur. Daging ayam belanda, pisang dan ikan mengandungi triptofan. Triptofan, bukan sekadar antioksidan biasa !




No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2017 Dunia Sihat Cik Am. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.